Kehidupan peribadi, penyakit dan kematian Tabaré Vázquez

Vázquez berkahwin dengan María Auxiliadora Delgado pada 23 Oktober 1964 di paroki "Los Vascos" Montevideo.[1] Isterinya meninggal kerana serangan jantung pada 31 Julai 2019.[2] Mereka mempunyai tiga anak kandung dan seorang anak angkat.[3]

Pada 20 Ogos 2019, Presiden Vázquez mendedahkan bahawa beliau menderita penyakit nodul paru-paru di peringkat ganas.[4] Walaupun begitu beliau mengumumkan niatnya untuk menamatkan penggal presidennya pada 1 Mac 2020 seperti yang dirancang.[5] Pada pertengahan November, disahkan oleh pihak berkuasa Kementerian Kesihatan Umum bahawa barah paru-parunya telah sembuh.[6] Pada 27 November 2020, diumumkan bahawa barahnya telah menular ke pankreas.[7] Beliau meninggal dunia di Montevideo pada 6 Disember 2020, pada umur 80 tahun.[8][9]

Rujukan

WikiPedia: Tabaré Vázquez http://www.espectador.com/nota.php?idNota=81787 http://travel2.nytimes.com/2005/03/02/internationa... http://news.xinhuanet.com/english/2005-03/02/conte... http://www.chasque.net/vecinet/panes.htm http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p303577592 http://www.cidob.org/es/documentation/biografias_l... http://isni.org/isni/0000000114663508 //www.worldcat.org/issn/1134-6582 http://news.bbc.co.uk/2/hi/americas/4309253.stm http://news.bbc.co.uk/2/hi/americas/4311637.stm